1.1 Organisasi ini dikenali dengan nama Jalinan Anak-anak Sarawak (JASA)
PEKARA 2: TEMPAT URUSAN
2.1 Alamat tempat berususan organisasi ini ialah; Jalinan Anak-anak Sarawak, Universiti Pendidikan Sultan Idris, 35900 Tanjung Malim, Perak Darul Ridzuan.
PERKARA 3: LOGO
3.1 Logo Jalinan Anak-anak Sarawak seperti yang dilampirkan.
PERKARA 4: COGAN KATA
4.1 Perpaduan Ditunjang, Khidmat Dijulang, Kepimpinan Terbilang
PERKARA 5: VISI
5.1 Jalinan Anak-anak Sarawak beriltizam untuk menjadi sebuah organisasi yang cemerlang, gemilang dan terbilang pada tahun 2020.
PERKARA 6: MISI
6.1 Meningkatkan semangat perpaduan dan integrasi dalam kalangan bakal guru yang berbilang kaum, budaya dan kepercayaan untuk membentuk masyarakat Malaysia yang harmoni dan bertoleransi yang selaras dengan konsep 1Malaysia.
6.2 Menjadi medium penghubung antara pelajar Sarawak di UPSI dengan pihak universiti dalam pelbagai perkara yang berkaitan.
6.3 Memperkenalkan kepelbagaian etnik dan budaya pelajar Sarawak yang terdapat di UPSI melalui penganjuran aktiviti yang di bawah organisasi ini.
6.4 Membentuk pelajar yang cemerlang dalam pengendalian sesuatu program di dalam dan luar universiti.
6.5 Menjaga kebajikan kesemua ahli organisasi yang berdaftar secara sah dengan adil dan saksama.
PERKARA 8: KEAHLIAN DAN PERMOHONAN KEAHLIAN
8.1 Terbuka kepada pelajar yang sedang mengikuti program pengajian pada peringkat diploma, sarjana muda, sarjana dan doktor falsafah.
8.2 Keahlian adalah khusus untuk pelajar yang menuntut di Universiti Pendidikan Sultan Idris yang berasal dari Sarawak.
8.3 Pemohon mestilah bersedia mematuhi perlembagaan yang ditetapkan oleh organisasi.
8.4 Pemohon mesitlah bersedia memberikan komitmen dan sumbangan kepada organisasi.
8.5 Permohonan keahlian hendakalh dibuat dengan cara mengisi borang pendaftaran yang disediakan dari semasa ke semasa.
8.6 Tiap-tiap permohonan keahlian hendaklah disokong oleh penasihat dan dihantar kepada Setiausaha Agung yang bertanggungjawab mendaftarkan permohonan itu dalam tempoh tujuh (7) hari dari tarikh permohonan tersebut dilakukan oleh setiap pemohon.
8.7 Setiap ahli mestilah menerima dan bersetuju berpegang kepada perlembagaan dan akan mengambil bahagian dengan cergas bagi menjayakan setiap aktiviti yang dijalankan oleh organisasi.
PERKARA 9: PEMBERHENTIAN DAN PELUCUTAN KEAHLIAN
9.1 Setiap ahli yang hendak berhenti daripada menjadi ahli hendaklah memberi kenyataan bertulis yang perlu diserahkan dalam masa dua (2) minggu kepada Setiausaha Agung.
9.2 Setiap ahli yang sudah dilantik tidak boleh dilucutkan jawatan dan/atau taraf keahliannya tanpa sokongan daripada MT dan persetujuan daripada penasihat tanpa alasan yang munasabah.
9.3 Mana-mana ahli Majlis Tertinggi atau EXCO yang tidak menghadiri mesyuarat dan/atau mana-mana aktiviti sebanyak tiga kali tanpa alasan yang munasabah akan dilucutkan jawatannya.
9.4 Mana-mana tingkah laku AJK dan/atau ahli organisasi yang berunsurkan mengaibkan organisasi dan membocorkan kerahsiaan organisasi akan dikenakan hukuman tatatertib yang setimpal dengan budi bicara penasihat.
9.5 Majlis Tertinggi boleh mengambil tindakan disiplin terhadap mana-mana ahli tidak berdaftar yang merupakan mahasiswa atau mahasiswi Sarawak yang bertindak mengaibkan organisasi dan identiti pelajar Sarawak dengan persetujuan penasihat dan JHEPA.
PERKARA 10: HAK DAN KEISTIMEWAAN AHLI
10.1 Setiap ahli mempunyai hak untuk menyertai mana-mana aktiviti yang dijalankan oleh organisasi ini dari semasa ke semasa tanpa mengira status, agama, bangsa dan pencapaian akademik.
10.2 Setiap ahli berhak mendapatkan sebarang bentuk maklumat sama ada dalam bentuk lisan dan bukan lisan daripada AJK berkenaan perancangan, penganjuran dan pelaksanaan mana-mana aktiviti dari semasa ke semasa.
10.3 Setiap ahli mempunyai hak dan keistimewaan yang sama rata dalam organisasi ini. Kebajikan setiap ahli mestilah diberi perhatian dalam perancangan dan pelaksanaan mana-mana program.
10.4 Setiap ahli layak mengundi dalam Mesyuarat Agung Tahunan dan Mesyuarat Agung Khas yang diadakan oleh AJK dari semasa ke semasa.
10.5 Setiap ahli berpeluang mewakili organisasi dan universiti dalam penganjuran atau pertandingan untuk mana-mana aktiviti yang disertai oleh pihak universiti.
10.6 Hak dan keistimewaan untuk seseorang ahli itu akan hilang secara automatik jika: (a) ahli tersebut gugur taraf keahliannya melalui pemberhentian, penggantungan dan/atau pelucutan keahlian, (b) berlakunya apa-apa keadaan yang memerlukan penasihat meggugurkan taraf keahlian ahli tersebut atas kuasa budi bicara beliau.
10.7 AJK tidak layak menggugurkan hak dan keistimewaan ahli melalui apa-apa cara sekalipun. Jika berlaku keadaan sedemikian, mana-mana AJK yang berkenaan mestilah dihadapkan ke Lembaga Disiplin dan Etika dalam tempoh empat belas (14) hari dari tarikh salah laku tersebut berlaku.
10.8 Hanya penasihat yang layak menggugurkan hak dan keistimewaan mana-mana ahli dalam mana-mana keadaan mengikut kuasa budi bicara beliau sepenuhnya.
10.9 Setiap ahli yang kehilangan hak dan keistimewaannya berhak membuat rayuan dalam bentuk bertulis kepada penasihat dalam tempoh selewat-lewatnya tiga puluh (30) dari tarikh penggantungan atau pengguguran dikuatkuasakan
PERKARA 11: YURAN KEAHLIAN DAN YURAN KHAS
11.1 Bayaran masuk atau yuran keahlian yang perlu dibayar oleh setiap ahli baru ialah sebanyak RM15.00 bagi tempoh setahun.
11.2 Setiap ahli juga boleh membuat bayaran mengikut semester iaitu sebanyak RM 7.50 untuk satu (1) semester.
11.3 Setiap ahli boleh membuat pembayaran tersebut selepas berlangsungnya MAT atau dalam tempoh enam puluh hari (60) hari dari tarikh mesyuarat tersebut diadakan berdasarkan ketetapan yang dibuat oleh Bendahari Kehormat.
11.4 Kadar bayaran yuran keahlian dapat dipinda oleh AJK setelah mendapat persetujuan daripada Penasihat dan majoriti mudah dua pertiga (2/3)daripada AJK dan satu perdua (1/2) ahli atas keperluan semasa.
11.5 Yuran-yuran khas dan/atau kutipan daripada ahli-ahli untuk perkara tertentu boleh dijalankan dengan persetujuan MAT dan penasihat. Sekiranya terdapat ahli yang gagal berbuat melunaskan mana-mana yuran tersebut dalam tempoh masa enam (6) bulan yang telah ditetapkan, maka ahli tersebut akan menerima surat amaran dan dipertimbangkan oleh penasihat untuk dikenakan tindakan disiplin
PERKARA 12: AHLI JAWATANKUASA
12.1 Jawatankuasa Tertinggi (Majlis Tertinggi)
1. Presiden
2. Naib Presiden
3. Timbalan Presiden
4. Setiausaha Agung
5. Naib Setiausaha Agung
6. Bendahari Kehormat
7. Naib Bendahari Kehormat
12.2 Jawatankuasa Kerja (EXCO)
1. Sukan dan Rekreasi
2. Akademik dan Kerjaya
3. Publisiti dan Dokumentasi
4. Kesenian dan Kebudayaan
5. Perkhidmatan dan Kebajikan
6. Ekonomi dan Keusahawanan
7. Latihan dan Pembangunan Insaniah
8. Perhubungan Awam dan Antarabangsa
12.3 Lembaga
1. Lembaga Disiplin dan Etika
2. Lembaga Pembangunan dan Pengurusan Inventori
12.4 Suruhanjaya
14.1.1 Pilihan Raya
PERKARA 13: PERLANTIKAN AHLI JAWATANKUASA
13.1 AJK bertanggungjawab memilih dan melantik AJK baharu melalui sistem pilihan raya.
13.2 Mana-mana AJK yang bertanding untuk sebarang jawatan Majlis Tertinggi harus ditemu duga oleh penasihat organisasi selepas sahaja selesai proses penamaan calon yang diadakan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya.
13.3 Pilihanraya perlulah diadakan sebelum berlangsungnya Mesyuarat Agung Tahunan dan keputusan pilihanraya tersebut hendaklah diumumkan semasa berlangsungnya Mesyuarat Agung Tahunan organisasi.
13.4 Segala urusan perancangan dan pelaksanaan pilihan raya hendaklah dijalankan oleh SPR sepenuhnya di bawah pemantauan penasihat.
13.5 Urusan perlantikan AJK hanya boleh dijalankan oleh penasihat setelah keputusan pilihan raya diumumkan dalam MAT.