Monday, May 28, 2012

Malam Pra-Gawai dan Apresiasi Graduasi

Pada 07 Mei 2012, Jalinan Anak Sarawak sekali lagi telah berjaya menjayakan program Malam Pra-Gawai dan Apresiasi Graduasi. Program ini bermatlamat untuk meraikan Hari Gawai bersama anak-anak Sarawak yang berada di UPSI ini. Oleh itu, program ini telah mengetengahkan tema " Segulai Sejalai Kasih Disemai Meraikan Hari Gawai". Selain meraikan Hari Gawai yang bakal menjelang pada 01 Jun 2012 ini, Jalinan Anak Sarawak juga bermatlamat untuk meraikan senior-senior anak-anak Sarawak yang telah bergraduasi.

Program ini telah berlangsung dengan jayanya dengan kehadiran artis jemputan Clement Joys. Beliau telah menyanyikan beberapa buah lagu untuk tatapan anak-anak Sarawak. Anak Sarawak rata-ratanya melahirkan perasaan puas hati dengan penganjuran program ini dan berharap agar kepimpinan Jalinan Anak Sarawak akan menjadikan program seperti ini sebagai program tahunan.

Mari kita saksikan gambar-gambar sepanjang program ini.


Tarian pembukaan 



Pengarah Program: Eddsion mengetas ranyai

Ranyai



anak Sarawak syok tangga persembahan

wajah manis Sarawak





Clement Joys menghiburkan anak Sarawak



Begitulah serba sedikit sedutan untuk program Malam Pra-Gawai dan Apresiasi Graduasi. Semoga program seperti ini akan terus dijalankan untuk mengeratkan hubungan anak-anak Sarawak dengan pihak berkepentingan dan anak Sarawak di UPSI sendiri. Terus berjaya dan maju Anak Sarawak.

Tuesday, May 1, 2012

Tautan Semarak

Program Tautan Semarak merupakan program yang berkonsepkan dengan menerapkan konsep 1 Malaysia dikalangan anak-anak Borneo khususnya anak Sarawak di Universiti Pendidikan Sultan Idris. Bersesuaian dengan temanya, program ini telah berjalan dengan lancar seperti yang dirancangkan iaitu pada 29 April 2012.

Program ini telah dihadiri oleh tetamu jemputan iaitu Puan Patricia, pensyarah Bahasa Iban di Universiti Pendidikan Idris, mantan MPP Sarawak UPSI, saudara Samuel Sila Matthew Unjah dan Presiden Ikatan Sepadu Anak Jati Sabah (IKSAS) saudara Mohammad Firdaus bin Amir Hamja.

Bersama anak-anak Sarawak yang lain, program ini turut dihadiri oleh anak jati Sabah. Mereka telah mengadakan dua buah persembahan pada malam tersebut.


Pn. Patricia perasmi program

Samuel Sila Matthew Unjah, bersama pengarah program Bobby Ericson dan Presiden Iksas, Mohammad Firdaus


Anak Sarawak mendengar ucapan dari perasmi program

Sheena Mcqueenson mempersembahkan tarian orang ulu

Barisan penari JASA

Cabutan bertuah

Persembahan dari anak Jati Sabah RG Ministry

Terima Kasih kerana sentiasa membimbing kami.

Tarian Taboh dari penari-penari JASA

Gadis-gadis Sarawak, si manis Sarawak.

Festival 1 Malaysia

Festival 1 Malaysia di Universiti Pendidikan Sultan Idris yang telah berlangsung seminggu lalu menampilkan kepelbagaian budaya di Malaysia. Anak-anak Sarawak juga telah menampilkan diri dalam mengadakan persembahan tarian Taboh di Dewan Kolej Za'ba, Proton City. Tarian Taboh merupakan tarian tradisional etnik Iban di Sarawak.
Gagah Perkasa Pejuang Sarawak..Agi Idup Agi Ngelaban.

Gadis-gadis Sarawak, si manis Sarawak









                                                                                                         
 Semoga budaya dan keunikan Sarawak tetap dibanggakan oleh generasi-generasi sekarang. Bersama kita menjadikan budaya sebagai satu tanggungjawab kita bersama. Megah-megah kenyalang terbang! AGI IDUP AGI NGELABAN..