Monday, April 9, 2012

Anak-anak Sarawak Go Genting

               Program Go Genting 09 April 2012  berjaya dengan lancar walaupun hari hujan yang menggangu perjalanan anak-anak Sarawak. Namun hujan bukanlah penghalang bagi anak-anak Sarawak untuk menikmati keindahan Genting Highlands, kerana anak-anak Sarawak merupakan insan-insan yang teguh dan kuat menghadapi segala kemungkinan. Buktinya, anak-anak Sarawak ini berjaya menjejak kaki ke Universiti Pendidikan Sultan Indris dengan segala keazaman yang kental.
                Untuk mengisi masa lapang sepanjang cuti pertengahan semester ini, Jalinan Anak Sarawak telah menganjurkan program Go Genting agar anak-anak Sarawak dapat mengisi masa cuti ini dengan aktiviti berfaedah. Anak-anak Sarawak sekalian, janganlah bersedih kerana tidak dapat pulang ke pangkuan Sarawak bumi kenyalang semasa cuti ini. Kelak cuti semester nanti, 3 bulan itu manfaatkan waktu secukupnya dengan keluarga ya.
              Anak-anak Sarawak yang menyertai Program Go Genting ini telah bertolak pada jam 8:00 pagi seperti yang dijadualkan dan bertolak pulang ke pangkuan Ibu Kandung Suluh Budiman pada jam 06:00 petang dengan selamat. Mari kita saksikan gambar-gambar ceria anak-anak Sarawak di Genting Highlands.



Kalau tak silap admin, anak-anak Sarawak ni bergambar bersama Johan kan?..aka Botak

Superman at Genting!!




Yummy..tentu lebih sedap kalau di Genting Highlands ada ayam pansuh..



Eddison bersama Mdm Patricia, pensyarah  Bahasa Iban di UPSI






wajah -wajah Bujang Sigat Sarawak


                     



        Begitulah seronoknya wajah-wajah mereka ber"Genting Highlands". Admin akan upload lagi gambar anak-anak Sarawak beramai-ramai selepas ini. Salam Sejahtera dari Admin.:)

2 comments:

  1. memang menyeronokkan walaupun takut selepas naik kapal yg entah pa namanya tu.. tp seronoklh. so, saya amat berharap agar kita dpt pusing satu semnjung agar kita x ketandusan idea tuk menerangkn keadaan di semnjung apabila kita mengajar kelak. tuk merealissasikn impian ni apakata setiap cuti pertghn sem, kita jln2 melancong ke tmpat lain pula... cuma idea je. tp memang seronok n sempat tmbh kenalan lagi...

    ReplyDelete
  2. haha..pengalaman itu penting..admin blom pernah lagi naik kapal tu..ketakutan yang teramat sgt..apa2 pun kita harap sokongan daripada semua anak-anak Sarawak di UPSI khususnya terus menyokong apa juga program yang bakal dijalankan..Dengan sokongan kuat dan padu daripada anak Sarawak sekalian, JASA pasti mampu terus bertahan dan mampu menganjurkan program-program yang lebih banyak lagi..Cadangan saudara/i pasti kami pertimbangkan..Keep supporting..thank you atas cadangan dan pandangan..:)

    ReplyDelete